Perlambangan

Ikatan Penulis Sabah (IPS) diwakili oleh suatu lambang yang telah wujud sejak selepas penubuhannya tetapi hanya ditetapkan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 8 Februari 2023 menurut Fasal 4, Perlembagaan IPS, iaitu satu-satunya logo yang sedang IPS pakai pada ketika ini.

Pena dengan jelas memberi makna ketajaman pemikiran yang diutarakan oleh ahli-ahli Ikatan yang terdiri daripada penulis-penulis yang yang dinamis, progresif dan bertanggungjawab dalam melahirkan idea-idea murni yang menjadi landasan pemikiran masyarakat. 

Arah pembentukan poligon dan bulatan-bulatan menjurus ke atas mencorakkan arah masa depan, arah yang ingin dituju oleh Ikatan dan ahli-ahlinya selaras dengan wawasan Negara. 

Warna-warna merah, biru dan hijau muda mewakili kekentalan minda, memelihara falsafah kemakmuran sejagat dan melahirkan masyarakat murni yang diangkat daripada nilai-nilai kesejagatan Islam. 

Ukiran garis berbentuk poligon dan bulatan memperlihatkan sebuah ikatan sejajar dengan nama pertubuhan yang menggabungkan para penulis dengan citacita yang tinggi di dalam sebuah ikatan persatuan. 

Kesemua elemen yang terdapat dalam logo Ikatan berlatar belakangkan warna kuning susu yang menggambarkan kekuatan kesatuan ahli-ahli Ikatan dalam meneruskan amalan dan perjuangan

Selain logo, IPS juga diwakili oleh sebuah lagu yang bertajuk "Lagu Penulis Sabah". Lagu tersebut dirasmikan oleh Ketua Satu IPS pada 27 Jun 2024 sebagai lambang IPS di samping logo yang sedia ada menurut Fasal 17(1)(a) dan Fasal 22(2), Perlembagaan IPS.

LAGU PENULIS SABAH

Komposer: Suno AI

Penulis lirik: Amza


Terbit sinar cahaya

tiga orang pemuda

dari pekan Singgah Mata


Ibu negeri Sabah

saksi sejarah kita

cita menulis wibawa


Langkah beristiqamah

Jiwa yang wasatiyyah

misi bergerak bersama


Mengabdi pada Tuhan

Berkhidmat untuk watan

di lapangan penulisan


Bahasa dan sastera

seni, budaya Sabah

warisan kita semua


Menggenggam masa depan

Malaysia berwawasan

berilmu, berkemahiran


Dengan doa, usaha

bersemangat berkarya

memanusiakan manusia


© Suno AI, 2024