Pingat Penulis Sabah

Sesuai dengan ketentuan Fasal 17(1)(a) dan Fasal 22(2), Perlembagaan Ikatan Penulis Sabah, suatu anugerah yang dinamakan Pingat Penulis Sabah (PPS) dizahirkan secara rasmi oleh Ikatan Penulis Sabah (IPS) pada 18 Disember 2023. Pingat Penulis Sabah merupakan bentuk penghargaan dan pengiktirafan IPS sebagai masyarakat Sabah kepada ahli dan bukan ahli IPS di dalam dan di luar Sabah yang telah memberikan perkhidmatan dan sumbangan yang terbaik kepada IPS, masyarakat, bangsa dan negara dalam bidang-bidang yang diceburi oleh Ikatan.

PPS terbahagi kepada empat kelas pingat dan dua kelas sijil, iaitu PPS (Utama), PPS (Panglima), PPS (Satria), PPS (Bintara), Sijil Kepujian Penulis Sabah dan Sijil Bakti Penulis Sabah. Semua penerima PPS ditetapkan oleh Ketua Satu IPS pada bila-bila masa yang bersesuaian, sesuai dengan ketentuan Fasal 17(1)(a), Perlembagaan IPS. 

Pingat Penulis Sabah (Utama)

Pingat ini dianugerahkan hanya kepada ahli IPS yang telah memberikan perkhidmatan dan sumbangan yang bermakna, berterusan dan berimpak tinggi kepada bangsa dan negara dalam bidang yang beliau dan IPS ceburi. Penerima pingat ini biasanya seseorang yang diiktiraf sebagai tokoh oleh Kerajaan atau organisasi antarabangsa yang diiktiraf oleh Kerajaan. Penerima pingat ini menerima selepang emas, pingat emas dan watikah penganugerahan.

Pingat Penulis Sabah (Panglima)

Pingat ini dianugerahkan kepada ahli dan bukan ahli IPS yang telah memberikan perkhidmatan dan sumbangan yang bermakna, berterusan dan berimpak kepada bangsa dan negara dalam bidang yang beliau dan IPS ceburi. Penerima pingat ini menerima pingat emas dan watikah penganugerahan.

Ketua Satu IPS menerima Pingat ini secara automatik berserta selepang merah. Ketua Dua IPS, apabila diputuskan menerima Pingat ini, turut dianugerahkan selepang biru.

Pingat Penulis Sabah (Satria)

Pingat ini dianugerahkan kepada ahli dan bukan ahli IPS yang telah memberikan perkhidmatan dan sumbangan yang bermakna, berterusan dan berimpak kepada rakyat dan negeri Sabah dalam bidang yang beliau dan IPS ceburi. Penerima pingat ini menerima pingat perak dan watikah penganugerahan.

Ketua Dua IPS menerima Pingat ini secara automatik berserta selepang biru dengan syarat tidak pernah dianugerahkan Pingat yang lebih tinggi daripada Pingat ini. Setiausaha Satu, Bendahari, Ketua Penerangan, Pengurus Besar dan Ketua Perwakilan IPS menerima pingat ini secara automatik dengan syarat tidak pernah dianugerahkan Pingat yang lebih tinggi daripada Pingat ini.

Pingat Penulis Sabah (Bintara)

Pingat ini dianugerahkan kepada ahli dan bukan ahli IPS yang telah memberikan perkhidmatan dan sumbangan yang bermakna dan berimpak kepada rakyat dan negeri Sabah dalam bidang yang beliau dan IPS ceburi. Penerima pingat ini menerima pingat gangsa dan watikah penganugerahan.

Penyandang jawatan Setiausaha Dua, Penolong Bendahari dan Ketua Pemuda IPS menerima pingat ini secara automatik dengan syarat tidak pernah dianugerahkan Pingat yang lebih tinggi daripada Pingat ini.

Sijil Kepujian Penulis Sabah

Sijil ini dianugerahkan hanya kepada ahli IPS yang telah memberikan perkhidmatan dan sumbangan yang bermakna kepada rakyat dan negeri Sabah dalam bidang yang beliau dan IPS ceburi dalam tempoh sekurang-kurangnya 12 bulan setelah menjadi ahli.

Sijil Bakti Penulis Sabah

Sijil ini dianugerahkan hanya kepada bukan ahli IPS yang telah memberikan perkhidmatan dan sumbangan yang bermakna kepada rakyat dan negeri Sabah dalam bidang yang beliau dan IPS ceburi.

Sejak pertama kali dizahirkan dan sehingga 12 Oktober 2024, seramai 282 orang ahli dan bukan ahli IPS telah dinamakan sebagai penerima PPS. Mereka terdiri daripada:

Tekan pautan yang berikut untuk membaca senarai penerima PPS:

Sejak pertama kali dizahirkan dan sehingga 12 Oktober 2024, seramai 65 orang ahli dan bukan ahli IPS telah menerima PPS, iaitu: