Puisi Adalah...
Apresiasi • Sayembara • Antologi • Wacana
"Puisi Adalah..." (PAL) sudah menjadi inisiatif Ikatan Penulis Sabah (IPS) ketika Hasyuda Abadi masih lagi Ketua Satunya, tepatnya pada tahun 2017 dan 2018. Malah, inisiatif ini pernah mendapat dukungan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, Badan Bahasa dan Sastera Sabah serta beberapa buah organisasi kerajaan dan bukan kerajaan yang lain. Melihat kepada mustahaknya IPS menghidupkan inisiatif yang boleh dijadikan imej dan identitinya, maka mulai tahun 2023, inisiatif PAL diperkenalkan semula.
Apresiasi "Puisi Adalah..."
Apresiasi Puisi Adalah... sepanjang tahun 2024
Panitia Penyelenggara "Puisi Adalah..." telah berjaya melaksanakan lapan siri Apresiasi "Puisi Adalah..." melibatkan ratusan orang peserta di Kota Kinabalu dan Beaufort.
Rabu, 5 Jun 2024, pukul 2.00 petang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. John, Beaufort; sempena Bengkel Penulisan Puisi 2.0 bersama Sasterawan Negeri Sabah Hasyuda Abadi.
Khamis, 13 Jun 2024, pukul 2.00 petang di Dewan Teratai, Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (ILPKK), Sepanggar, Kota Kinabalu; sempena Majlis Pelancaran Inisiatif "Melukis Senja".
Ahad, 14 Julai 2024, pukul 11.00 pagi di RuPHA; khas bersama Bunda Anie dari Singapura.
Sabtu, 27 Julai 2024, pukul 8.00 pagi di SMK St. Peter Telipok, Kota Kinabalu; sempena Bengkel Penulisan Cerpen dan Puisi.
Selasa, 31 Julai 2024, pukul 7.30 pagi di SMK St. Paul, Beaufort, sempena Bengkel Penulisan Puisi bersama Sasterawan Negeri Sabah Hasyuda Abadi.
Ahad, 8 September 2024, pukul 2.00 petang di RuPHA. Edisi Bulan Kebangsaan.
Khamis, 26 September 2024, pukul 1.30 tengah hari di Sekolah Indonesia Kota Kinabalu (SIKK), Sepanggar, Kota Kinabalu. Edisi Sepanggar Membaca 1/2024.
Khamis, 28 September 2024, pukul 1.30 tengah hari di Sekolah Indonesia Kota Kinabalu (SIKK), Sepanggar, Kota Kinabalu. Edisi Sepanggar Membaca 3/2024 khas bersama Bapak Ahmadun Yosi Herfanda dari Indonesia.
Apresiasi Puisi Adalah... sepanjang tahun 2023
Panitia Penyelenggara "Puisi Adalah..." telah berjaya melaksanakan tujuh siri Apresiasi Puisi Adalah... melibatkan ratusan orang peserta di Kota Kinabalu dan Kota Marudu.
Sabtu, 29 Julai 2023, jam 11.00 pagi di RuPHA. Edisi Julai 2023.
Ahad, 19 Ogos 2023, jam 8.30 pagi di RuPHA; sempena memuliakan kunjungan Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badin, Tuaran ke RuPHA.
Sabtu, 26 Ogos 2023, jam 11.00 pagi di RuPHA. Edisi Ogos 2023.
Jumaat, 8 September 2023, jam 2.00 petang di Dewan Teratai, Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (ILPKK), Sepanggar, Kota Kinabalu; sempena Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan 2023 Peringkat ILPKK.
Sabtu, 16 September 2023, jam 11.00 pagi di Anjung Fikrah, Kampung Seri Aman, Kota Marudu. Edisi September 2023.
Sabtu, 7 Oktober 2023, jam 8.00 pagi di RuPHA. Edisi Oktober 2023 diadakan sempena Maulidur Rasul SAW 1445 Hijri.
Ahad, 31 Disember 2023, jam 2.00 petang di RuPHA. Edisi Disember 2023.
Sayembara "Puisi Adalah..."
Antologi "Puisi Adalah..."
Penyelenggara: Hasyuda Abadi, Awang Abdul Muizz Awang Marusin, Abd. Naddin Shaiddin, Fauziah Moksin & Sahara Jais, 2024
ISBN 978-983-2372-25-7
Panitia Penyelenggara, Sayembara “Puisi Adalah...” (PAL) telah mengambil usaha untuk menerbitkan sebanyak 57 buah puisi pilihannya hasil karya 34 orang penyair dari seluruh Malaysia. Inisiatif ini merupakan salah satu teras inisiatif atau projek PAL yang dilaksanakan oleh IPS sejak Julai 2023. Untuk siri yang pertama ini, judul antologi puisi ini, yakni “Di Gedung Suffah” diambil dari salah sebuah tajuk puisi yang terdapat dalam buku ini. Selagi masih ada ruang dan peluang, kami akan bersama-sama menyemarakkan lagi kegiatan persuratan mengikut acuan tersendiri. Penerbitan buku antologi ini sangat bermakna kepada IPS dan Rumah Puisi Hasyuda Abadi, khususnya para pencetus idea PAL; bahkan dapat memberikan sedikit sumbangan kepada nilai tambah khazanah perbukuan sastera negara.
Wacana "Puisi Adalah..."
Wacana bawah inisiatif "Puisi Adalah..." telah diadakan sempena Acara Kemuncak, Hadiah Puisi K. Bali pada 30 November 2024 di Dewan Amil Jaya, Kompleks Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, Likas, Kota Kinabalu.